“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.[Al Hujurat : 6].

Friday 17 April 2015

ABANG JOE DAH BUKTIKAN!!!!

Assalam..


Nama Abang Joe mungkin tak sehebat KJ. Sebut sahaja  KJ, akan terbayang susuk tubuh yang tinggi hitam manis. Tapi bila sebut Abang Joe. Orang muda Kuala Terengganu atau mungkin Besut akan tanya kita balik.... "siapa tu?". Tapi kalau orang muda Kuala Berang pasti mengenali insan hebat ini.

Abang Joe atau nama sebenar JOHARI BIN ABU BAKAR adalah Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Terengganu merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu.  Seorang yang "Low Profile", simple, tak banyak songeh dan tak ada tembok yang menghalang antara beliau dan anak muda. MP14 pernah bertemu dengan pemuda ini. Senyum dibibir tak lekang dan mungkin itu yang menyebabkan Abang Joe sangat disenangi oleh orang muda di Hulu Terengganu.

Beberapa minggu yang lalu di satu majlis, MP14  sempat mencuri dengar perbualan Abang Joe dengan beberapa orang anak muda. Antara yang ditanya kepada beliau  ialah kenapa aura orang muda penyokong UMNO di negeri Terengganu tidak membara seperti di negeri lain. MP14 lihat Abang Joe tersenyum seolah menyembunyikan sesuatu. Kemudian Abang Joe jawab "Insyaallah, sampai masa kita akan gempur". 

MP14 dapat merasakan ada sesuatu yang cuba disorok oleh Abang Joe. Dari pemgamatan MP14, sepatutnya majlis malam itu di"host"kan oleh beliau kerana setahu MP14 beliau adalah pengerusi kepada tujuan majlis tersebut diadakan tapi nampaknya abang tidak ke depan. Majlis tersebut diberikan kepada satu badan NGO sehingga Abang Joe jauh ke belakang.

Apakah Abang Joe tidak diberi mandat atau peluang sepenuhnya untuk membuktikan yang dia boleh buat jauh lebih baik dari apa yang berlaku di dalam majlis itu? Entahlah... biarlah Abang Joe dan orang-orang besar negeri sahaja yang tahu.

Berbalik kepada tajuk MP14 kali ini.  Fiesta Orang Muda Hulu. Hebat lagi  Cun. Fiesta yang akan berlangsung selama hampir sebulan itu menyediakan berbagai aktiviti yang mampu menarik minat orang muda. Antara program yang disediakan seperti Pelancaran Skuad Bermotor Pemuda, Bikes Week, Sukan Air, XCC Mountain Bike, Kayuhan Amal, Bolasepak Pasir, Dam Aji Dalam Taman, Karnival Kerjaya & Pendidikan, Motocross Pemuda 2015, Car Autoshow, Pertandingan Audio Kereta, Kereta Cantik, Karaoke, Dàftar Keahlian UMNO & Pemilih, Ceramah Agama, Jumbo Fun Park dan pelbagai gerai-gerai jualan. Khabarnya  semua anak muda yang hadir dengan bermotor akan didaftarkan sebagai ahli Kelab Motor Hulu Terengganu.

Program yang dilancarkan perasmian oleh Dato Suhaimi Bin Sulong, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 15 April yang lalu telah berlangsung di Water Front Kuala Berang dan akan berakhir pada 4 Mei akan datang.

Apa yang menarik ialah sebenarnya telah begitu lama MP14 tidak merasa akan kehebatan orang muda di negeri Terengganu. Paling akhir kehebat pemuda dirasai ialah ketika Mohd Sabri Alwi (kini Datuk Haji Mohd Sabri Bin Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu) menjadi Ketua Pemuda Negeri Terengganu. Ketika itu amat terasa kehadiran pemuda dalam UMNO. Berbagai aktiviti diadakan dari Hulu Kemaman ke Hujung Besut, Pemuda sangat hebat ketika itu. Mungkin kepimpinan tertinggi negeri ketika itu memberi ruang dan peluang serta kepercayaan penuh kepada beliau untuk "bermain" dengan orang muda.

Persoalannya apakah Abang Joe diberi peluang yang sama seperti Mohd Sabri Alwi? Apakah Abang Joe diberi "peluru" untuk berperang?? Apakah Abang Joe diberi ruang, peluang dan kepercayaan untuk membangkitkan semangat dan aura orang muda??. Persoalan itu timbul  kerana MP14 tiba-tiba tertanya kenapa bukan Exco Belia dan Sukan yang merasmi pelancaran program tersebut. Apakah Abang joe terpaksa memohon peruntukkan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk mengadakan program ini?

Persoalan itu MP14 tinggalkan disitu supaya ada yang berfikir kerana memang betul seperti kata Tuan Haji Samiun Salleh yang membuat komen di dalam status FB Abang Joe bahawa UMNO Hulu Terengganu beruntung kerana melahirkan pemimpn pelapis seperti Abang Joe. Biar ada yang menyatakan Tuan Haji Samiun seperti "memerli" tetapi MP14 merasakan memang Abang Joe mampu, mampu melonjakkan semangat orang muda untuk bersama UMNO. 

Hanya berikan dia "peluru", peluang, ruang dan kepercayaan, MP14 rasa Abang Joe boleh melakukan yang terbaik. Abang Joe dah buktikan bila lebih 1,500 orang anak muda hadir di program Fiesta Orang Muda Hulu. Selepas ini program yang sama khabarnya akan dibawa ke Kuala Terengganu. Pasti nya akan lebih hangat.

TAHNIAH ABANG JOE.....


 

3 comments:

  1. Kemah abg joe....
    Ni br yer Pemuda Umno Negeri....

    ReplyDelete
  2. KemahKemingRapatJit...
    AURA Pemuda bersama KPN

    ReplyDelete
  3. Keep it up abg joe, pedulikan lah mereka yang memperlekehkan usaha baik abg joe selama ini sesungguhnya mereka itu sedang asyik dibuai oleh mimpi indah kelmarin sedangkan hari ini dan esok tidak akan sama dengan kelmarin, good luck abg joe

    ReplyDelete