“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.[Al Hujurat : 6].

Wednesday 8 April 2015

CIKGU RAZIF : BAPA TRANSFORMASI TERENGGANU




Bunyi-bunyian tentang 8 Prinsip Tranformasi yang Cikgu Razif  sudah mula menjadi dendangan pelbagai lapisan masyarakat di negeri bertuah ini. Cikgu Razif yang mencetuskan fenomena baru Transformasi. Cikgu Razif mahu sindrom KETULAAN dikebahkan. Cikgu Razif mahu pegawai dan rakyat sentiasa bertransformasi. Transformasi ke arah kebaikan.

Bukan macam PAS. PAS tak layak diberi gelaran ini. Memang PAS ada buat transformasi (terasabenci) ketika memerintah Terengganu pada tahun 1999 - 2004. Tetapi transformasi  PAS ketika itu ialah: -
1.  menukar JKKK kepada JSR dan menjadikan JSR lebih berkuasa dari Pegawai Daerah.
2. mengunci pagar Wisma Darul Iman
3. Menghalau anak kecil yang belajar di Tadika Kemas
4. mengunci pagar tadika kemas
5. menahan dan merampas kereta exco
dan banyak lagilah transformasi  yang telah dilakukan oleh PAS sehingga rakyat telah lakukan tranformasi besar-besaran menukar kerajaan negeri pada tahun 2004. Sehingga tersungkur PAS tinggal 4 kerusi di dewan undangan negeri. Nak banding dengan kerajaan sekarang jauh panggang dari api lah.

Cikgu Razif telah memperkenalkan 8 prinsip tranformasi kerajaan beberapa bulan selepas memegang tampuk Menteri Besar . Selepas itu Cikgu Razif terus mengorak langkah menjadikan TTB sebagai pedoman pegawai dan rakyat keseluruhannya. Setiap program perlu ada transformasi yang baik bagi mengelakkan ketulaan.

Cikgu Razif yang bertegas mahu menjadikan negeri ini sebagai Terengganu TerBaik, Terengganu Terbersih. Cikgu Razif menerapkan nilai murni agar kebersihan bandar dan negeri dititik beratkan. Cikgu Razif yang memulakan pusat pengaduan dengan tertubuhnya e-aduan Kerajaan Negeri Terengganu. 

Cikgu Razif menggerakkan anak muda agar mempunyai semangat kesukarelaan dengan tertubuh sukarelawan TTB. Sehingga gempita seluruh Malaysia akan perkara ini. Orang PAS pun dapat keuntungan dengan sukarelawan TTB. Cikgu Razif yang mahukan setiap program negeri dimulakan dengan bacaan Al-Quran.

Cikgu Razif mencetuskan Majlis Perundingan Intergriti Negeri bagi memastikan prinsip ke 4 TTB terlaksana. Solidariti TTB Brotherhood juga adalah cetusan idea Cikgu Razif. Pasukan sukarelawan pemantau harga barang bakal ditubuhkan, semuanya untuk rakyat . Terbaru semua ahli lembaga pengarah GLC negeri disaran membuat pengisytiharan harta. Belum cerita lagi tentang litar lumba untuk anak muda yang bakal menjadi kenyataan tak lama lagi. Tidak mustahil selepas ini akan ada Kedai Makan TTB, Kedai Runcit TTB dan lain-lain yang akan memberi kebaikan kepada rakyat di negeri Terengganu. 

Ketika ini juga MP14 melihat satu perubahan besar apabila semakin ramai pelancong datang ke negeri ini. Mungkin mahu melihat sendiri sejauh mana keberkesanan TTB. Keropok semakin laris, batik, songket juga tak jadi hiasan cuma. Bangunan-bangunan di Kampung China dilukis indah dan dihias untuk menarik pelancong luar.

Perubahan juga dapat dilihat dari segi landskap politik di sini. Tiada isu tentang perpaduan pemimpin yang  digembar gembur sebelum ini. Rakyat sudah tahu semua itu fitnah. Rakyat  melihat kesungguhan  kepimpinan untuk menjadi The Best. Rakyat melihat kerajaan Terenganu benar-benar mahu berubah. 

Ada yang kata masih terlalu awal. Ada pula yang kata masih belum layak. Tapi MP14 tak peduli, Pok Li, Pok Pok, Pok Kama, Pok Dakrun, Pok Pu, Pok Mat, Pok Asan  nak kata apa pun katalah. Nak kata MP14 merapu ke nak kata MP14 erong ke, Hayung ke... lantak lah..... sememangnya Cikgu Razif layak.

Memang Cikgu Razif layak di beri gelaran BAPA TRANSFORMASI TERENGGANU.

3 comments:

  1. trengganu terbersih?? dari segi apa tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terengganu TerBersih..... Bersih Luar dan dalam. Kerajaan negeri sedang berusaha memastikan bandaranya kuala terengganu khususnya dan negeri Terengganu amnya menjadi negeri terbersih. Bersih dari segala gejala rasuah.
      Untuk makluman Cikgu Razif sendiri pernah turun melawat tempat yang dilaporkan kotor seperti sekitar Masjid Terapung. Beliau mahu memastikan salah satu matlamat TTB ini akan berjaya. Wallahualam....

      Delete
  2. Kemah keming rapat jik artikel mung bos...

    ReplyDelete