Monday, 20 April 2015

CHU TEKA SIAPA YANG SEDANG MENARI INI???


Assalm..

Sehari dua ini kecoh dijaja dipelusuk bumi Terengganu akan beberapa keping gambar seorang perempuan sedang berjoget dengan seorang lelaki berjanggut putih. 

Beberapa keping gambar ini menjadi viral di sini. Di dada akhbar keluaran Terengganu terpampang dengan tulisan tajuk yang besar " Penyanyi pamer aksi ghairah". Fuh!! detik gambar itu di ambil memang terbaik. Lelaki di dalam gambar nampak sangat sedang kegembiraan.

Rasa bagai nak rak penyokong pembangkang bertepuk tangan bila tengok gambar itu. "dah kena dah"... mungkin itu terdetik di hati mereka. Apa lagi program tersebut berlangsung di dalam kepompong yang dipenuhi langau hijau. Memang menunggu masa untuk klik kanera jika ada mana-mana kesilapan.

Ya! Penganjur kena akur ini adalah satu kesilapan. Tetapi apakah ini kesilapan yang disengajakan?  Memetik kata-kata Ketua Pemuda PAS Marang di dalam rencana akhbar, katanya  "Pemuda Pas Marang menerima beberapa keping gambar artis wanita terbabit yang berpakaian tidak senonoh sambil menari bersama seorang penonton lelaki sudah berusia dan ia kelihatan amat memalukan".

MP14 nak tanya, pemuda pas marang terima gambar tu dari siapa? Dari langau hijau yang merewang kat program tersebut ke? Mungkin merewang sambil nak mengenakan kot? Menjadi persoalan jugak kenapa  lelaki itu naik menari bersama arits wanita tersebut? Naik untuk diambil gambar oleh langau hijau ke?. 

Macam MP14 kata tadi tempat program ni berlangsung di tempat yang memang banyak langau hijau. Parlimen Marang tu beb.....

Maklum tahu sejak YAB Menteri Besar menerapkan 8 prinsip Transformasi Terengganu Baharu di negeri ini, Pembangkang sudah kering idea untuk membantai kerajaan. Diperbesarkan semula isu Banggol Donas tak menjadi kerana belum sempat bernafas mereka di "katok" semula. Rakyat dah tahu siapa dalang disebalik isu tersebut kemudian mereka buat perhimpunan GST di pantai Batu Buruk, orang ramai tanya "apa aku dapat bila ikut berhimpun?". Maka tinggallah mereka yang dah telan "batch" PAS yang berkumpul di situ.

PAS sebenarnya dah tak ada apa-apa untuk diisukan,  so paling best jika gambar ini diperbesarkan tapi banyak sangat persoalan timbul dengan gambar tersebut. Rakyat Terengganu tahu dan faham sejauh mana kesopanan rakyat di sini. Siapa berani naik ke pentas untuk menari begitu ketika mereka sedar di mana mereka berada. Agak-agak kamu siapa orang itu???? Chu teka...chu teka.......

Friday, 17 April 2015

ABANG JOE DAH BUKTIKAN!!!!

Assalam..


Nama Abang Joe mungkin tak sehebat KJ. Sebut sahaja  KJ, akan terbayang susuk tubuh yang tinggi hitam manis. Tapi bila sebut Abang Joe. Orang muda Kuala Terengganu atau mungkin Besut akan tanya kita balik.... "siapa tu?". Tapi kalau orang muda Kuala Berang pasti mengenali insan hebat ini.

Abang Joe atau nama sebenar JOHARI BIN ABU BAKAR adalah Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Terengganu merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu.  Seorang yang "Low Profile", simple, tak banyak songeh dan tak ada tembok yang menghalang antara beliau dan anak muda. MP14 pernah bertemu dengan pemuda ini. Senyum dibibir tak lekang dan mungkin itu yang menyebabkan Abang Joe sangat disenangi oleh orang muda di Hulu Terengganu.

Beberapa minggu yang lalu di satu majlis, MP14  sempat mencuri dengar perbualan Abang Joe dengan beberapa orang anak muda. Antara yang ditanya kepada beliau  ialah kenapa aura orang muda penyokong UMNO di negeri Terengganu tidak membara seperti di negeri lain. MP14 lihat Abang Joe tersenyum seolah menyembunyikan sesuatu. Kemudian Abang Joe jawab "Insyaallah, sampai masa kita akan gempur". 

MP14 dapat merasakan ada sesuatu yang cuba disorok oleh Abang Joe. Dari pemgamatan MP14, sepatutnya majlis malam itu di"host"kan oleh beliau kerana setahu MP14 beliau adalah pengerusi kepada tujuan majlis tersebut diadakan tapi nampaknya abang tidak ke depan. Majlis tersebut diberikan kepada satu badan NGO sehingga Abang Joe jauh ke belakang.

Apakah Abang Joe tidak diberi mandat atau peluang sepenuhnya untuk membuktikan yang dia boleh buat jauh lebih baik dari apa yang berlaku di dalam majlis itu? Entahlah... biarlah Abang Joe dan orang-orang besar negeri sahaja yang tahu.

Berbalik kepada tajuk MP14 kali ini.  Fiesta Orang Muda Hulu. Hebat lagi  Cun. Fiesta yang akan berlangsung selama hampir sebulan itu menyediakan berbagai aktiviti yang mampu menarik minat orang muda. Antara program yang disediakan seperti Pelancaran Skuad Bermotor Pemuda, Bikes Week, Sukan Air, XCC Mountain Bike, Kayuhan Amal, Bolasepak Pasir, Dam Aji Dalam Taman, Karnival Kerjaya & Pendidikan, Motocross Pemuda 2015, Car Autoshow, Pertandingan Audio Kereta, Kereta Cantik, Karaoke, DĂ ftar Keahlian UMNO & Pemilih, Ceramah Agama, Jumbo Fun Park dan pelbagai gerai-gerai jualan. Khabarnya  semua anak muda yang hadir dengan bermotor akan didaftarkan sebagai ahli Kelab Motor Hulu Terengganu.

Program yang dilancarkan perasmian oleh Dato Suhaimi Bin Sulong, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 15 April yang lalu telah berlangsung di Water Front Kuala Berang dan akan berakhir pada 4 Mei akan datang.

Apa yang menarik ialah sebenarnya telah begitu lama MP14 tidak merasa akan kehebatan orang muda di negeri Terengganu. Paling akhir kehebat pemuda dirasai ialah ketika Mohd Sabri Alwi (kini Datuk Haji Mohd Sabri Bin Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu) menjadi Ketua Pemuda Negeri Terengganu. Ketika itu amat terasa kehadiran pemuda dalam UMNO. Berbagai aktiviti diadakan dari Hulu Kemaman ke Hujung Besut, Pemuda sangat hebat ketika itu. Mungkin kepimpinan tertinggi negeri ketika itu memberi ruang dan peluang serta kepercayaan penuh kepada beliau untuk "bermain" dengan orang muda.

Persoalannya apakah Abang Joe diberi peluang yang sama seperti Mohd Sabri Alwi? Apakah Abang Joe diberi "peluru" untuk berperang?? Apakah Abang Joe diberi ruang, peluang dan kepercayaan untuk membangkitkan semangat dan aura orang muda??. Persoalan itu timbul  kerana MP14 tiba-tiba tertanya kenapa bukan Exco Belia dan Sukan yang merasmi pelancaran program tersebut. Apakah Abang joe terpaksa memohon peruntukkan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk mengadakan program ini?

Persoalan itu MP14 tinggalkan disitu supaya ada yang berfikir kerana memang betul seperti kata Tuan Haji Samiun Salleh yang membuat komen di dalam status FB Abang Joe bahawa UMNO Hulu Terengganu beruntung kerana melahirkan pemimpn pelapis seperti Abang Joe. Biar ada yang menyatakan Tuan Haji Samiun seperti "memerli" tetapi MP14 merasakan memang Abang Joe mampu, mampu melonjakkan semangat orang muda untuk bersama UMNO. 

Hanya berikan dia "peluru", peluang, ruang dan kepercayaan, MP14 rasa Abang Joe boleh melakukan yang terbaik. Abang Joe dah buktikan bila lebih 1,500 orang anak muda hadir di program Fiesta Orang Muda Hulu. Selepas ini program yang sama khabarnya akan dibawa ke Kuala Terengganu. Pasti nya akan lebih hangat.

TAHNIAH ABANG JOE.....


 

Wednesday, 8 April 2015

CIKGU RAZIF : BAPA TRANSFORMASI TERENGGANU




Bunyi-bunyian tentang 8 Prinsip Tranformasi yang Cikgu Razif  sudah mula menjadi dendangan pelbagai lapisan masyarakat di negeri bertuah ini. Cikgu Razif yang mencetuskan fenomena baru Transformasi. Cikgu Razif mahu sindrom KETULAAN dikebahkan. Cikgu Razif mahu pegawai dan rakyat sentiasa bertransformasi. Transformasi ke arah kebaikan.

Bukan macam PAS. PAS tak layak diberi gelaran ini. Memang PAS ada buat transformasi (terasabenci) ketika memerintah Terengganu pada tahun 1999 - 2004. Tetapi transformasi  PAS ketika itu ialah: -
1.  menukar JKKK kepada JSR dan menjadikan JSR lebih berkuasa dari Pegawai Daerah.
2. mengunci pagar Wisma Darul Iman
3. Menghalau anak kecil yang belajar di Tadika Kemas
4. mengunci pagar tadika kemas
5. menahan dan merampas kereta exco
dan banyak lagilah transformasi  yang telah dilakukan oleh PAS sehingga rakyat telah lakukan tranformasi besar-besaran menukar kerajaan negeri pada tahun 2004. Sehingga tersungkur PAS tinggal 4 kerusi di dewan undangan negeri. Nak banding dengan kerajaan sekarang jauh panggang dari api lah.

Cikgu Razif telah memperkenalkan 8 prinsip tranformasi kerajaan beberapa bulan selepas memegang tampuk Menteri Besar . Selepas itu Cikgu Razif terus mengorak langkah menjadikan TTB sebagai pedoman pegawai dan rakyat keseluruhannya. Setiap program perlu ada transformasi yang baik bagi mengelakkan ketulaan.

Cikgu Razif yang bertegas mahu menjadikan negeri ini sebagai Terengganu TerBaik, Terengganu Terbersih. Cikgu Razif menerapkan nilai murni agar kebersihan bandar dan negeri dititik beratkan. Cikgu Razif yang memulakan pusat pengaduan dengan tertubuhnya e-aduan Kerajaan Negeri Terengganu. 

Cikgu Razif menggerakkan anak muda agar mempunyai semangat kesukarelaan dengan tertubuh sukarelawan TTB. Sehingga gempita seluruh Malaysia akan perkara ini. Orang PAS pun dapat keuntungan dengan sukarelawan TTB. Cikgu Razif yang mahukan setiap program negeri dimulakan dengan bacaan Al-Quran.

Cikgu Razif mencetuskan Majlis Perundingan Intergriti Negeri bagi memastikan prinsip ke 4 TTB terlaksana. Solidariti TTB Brotherhood juga adalah cetusan idea Cikgu Razif. Pasukan sukarelawan pemantau harga barang bakal ditubuhkan, semuanya untuk rakyat . Terbaru semua ahli lembaga pengarah GLC negeri disaran membuat pengisytiharan harta. Belum cerita lagi tentang litar lumba untuk anak muda yang bakal menjadi kenyataan tak lama lagi. Tidak mustahil selepas ini akan ada Kedai Makan TTB, Kedai Runcit TTB dan lain-lain yang akan memberi kebaikan kepada rakyat di negeri Terengganu. 

Ketika ini juga MP14 melihat satu perubahan besar apabila semakin ramai pelancong datang ke negeri ini. Mungkin mahu melihat sendiri sejauh mana keberkesanan TTB. Keropok semakin laris, batik, songket juga tak jadi hiasan cuma. Bangunan-bangunan di Kampung China dilukis indah dan dihias untuk menarik pelancong luar.

Perubahan juga dapat dilihat dari segi landskap politik di sini. Tiada isu tentang perpaduan pemimpin yang  digembar gembur sebelum ini. Rakyat sudah tahu semua itu fitnah. Rakyat  melihat kesungguhan  kepimpinan untuk menjadi The Best. Rakyat melihat kerajaan Terenganu benar-benar mahu berubah. 

Ada yang kata masih terlalu awal. Ada pula yang kata masih belum layak. Tapi MP14 tak peduli, Pok Li, Pok Pok, Pok Kama, Pok Dakrun, Pok Pu, Pok Mat, Pok Asan  nak kata apa pun katalah. Nak kata MP14 merapu ke nak kata MP14 erong ke, Hayung ke... lantak lah..... sememangnya Cikgu Razif layak.

Memang Cikgu Razif layak di beri gelaran BAPA TRANSFORMASI TERENGGANU.

AHLI LEMBAGA PENGARAH GLC TERENGGANU DIMINTA ISYTIHAR HARTA




Satu lagi perkara menarik berlaku di Terengganu. Berlandaskan  prinsio ke 4, Transformasi Terengganu Baharu iaitu Intergriti - bersih luaran dan dalaman maka pendekatan ini dibuat. Pastinya dengan saranan ini akan menjadikan mereka yang bergelar Ahli Lembaga Pengarah akan lebih jujur dalam pekerjaan masing-masing.

Rakyat pula akan lebih meyakini kerajaan yang telus dan bebas dari gejala rasuah. Untuk makluman, Terengganu adalah negeri pertama yang melakukan Ikrar Intergriti Koperat (CIP) yang diketuai oleh Bekas Setiauasah Kerajaan Negeri iaitu Dato' Mazlan Ngah. Diikuti oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Tandatangan CIP ini telah diadakan ketika pelancaran Majlis Perundingan Intergriti Negeri Terengganu yang berlangsung dalam bulan Mac yang lalu. Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan SPRM DAto' Muzaffar  Ali yang berucapan di majlis tersebut memuji kerajaan negeri yang begitu komited dalam memastikan tiada korupsi berlaku di sini.

Berbalik kepada saranan penisyitiharakan harta oleh ahli lembaga pengarah GLC Terengganu. Ianya diharap akan membuka mata rakyat akan kesungguh kerajaan menjadikan Terengganu TerBersih satu kenyataan. Maka selepas Ahli -Ahli Yang Berhormat disaran berbuat sedemikian, kini pegawai syarikat negeri dan selepas ini akan turun ke pemimpin-pemimpin peringkat dun pula.

MP14 melihat ini sebagai sesuatu yang amat baik. Tidak pernah sebulum ini kesungguhan sebegini ditunjukkan dimana-mana negeri. Sebagai negeri pertama yang menubuhkan Majlis Perundingan Intergirti, MP14 yakin negeri lain akan mengikutinya pula. Bahkan perlu bagi semua pemimpin peringkat lebih atas berbuat sedemikian.

Pemimpin Barisan Nasional selalu dikaitkan dengan korup oleh pembangkang. Walaupun banyak bukti yang menunjukkan mereka lebih teruk dari itu. Bak kata orang satu jari tunjuk kepada orang tiga empat jari tunjuk diri sendiri. Pemimpin pembangkang juga seharusnya berani berbuat sedemikian bagi membukti diri mereka bersih. Banyak soalan tidak dijawab seperti isu balak di Kelantan . Masih terbayang dimata bagaimana balak balak yang menimpa rumah mangsa banjir akhir tahun lepas. Entah siapa yang punya. Tak ada yang berani mengaku.

MP14 mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada kerajaan negeri Terenganu yang sentiasa mendahului negeri lain. Semoga segala yang baik akan dibalas baik oleh ALLAH S.W.T. Amin.....

Tuesday, 7 April 2015

TRANSFORMASI PAS BAHARU 1999 -2004

 

Melupakan kesilapan apa yang telah  dilakukan kepada orang lain amat mudah. Sentisa ingat bila terkena batang hidung sendiri. Begitu sifat manusia.

MP14 menjemput rakan pembaca mengimbau kenangan lama. Kenangan tahun 1999 - 2004. Lupa bahawa diri sendiri tidak sempurna. Bagai ayam jantan berkokok menunjukkan kekuatan tapi lupa ekor sendiri terpalit tahi.

Ahad yang lalu, YB Dr. Alias Razak , Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri mendakwa Trasformasi Politik yang dicanang oleh YAB Menteri Besar telah menyusahkan rakyat. Beliau juga berkata TTB sudah menjadi tunggang terbalik apabila JKKK menjadi "lebh berkuasa". Semuanya kerana apa yang mereka mahu tidak diperolehi. 


Memang pemimpin PAS mudah lupa. Mereka mungkin lupa apa yang berlaku sekitar tahun 1999 - 2004 apabila mereka berkuasa di negeri Darul Iman ini. Mereka lupa bagaimana mereka membatalkan semua jawatan JKKK yang ditubuhkan kerajaan terdahulu dan menukarkannya kepada Jawatankausa Syura Rakyat atau JSR. Konon nama Syura Rakyat akan dapat menjayakan dasar pentadbiran islam Kerajaan PAS Terengganu ketika itu.  Namun hanya nama yang nampak islamik, tetapi tindak tanduk jauh sekali. JSR bertindak diluar kotak fikiran orang islam Terengganu.

Orang Islan Terengganu tak akan lupa bagaimana JSR begitu rakus mengunci pintu pintu balairaya. Bahkan sanggup menghalau anak kecil yang sedang belajar di TADIKA KEMAS. Mereka bangga dengan perbuatan mereka bila melihat ada sebahagian anak kecil ini terpaksa belajar di padang-padang terbuka. Mereka suka melihat balairaya tidak digunakan sehingga menjadi "monument" buruk. Dengan lalang yang lebih tinggi dari diri mereka sendiri.



Mereka lupa JSR mengunci mesin jahit. Mereka menggunakan kusa melebihi Pejabat Tanah dan Daerah. Mereka seronok dengan perbuatan mereka kerana mereka dilindungi oleh Menteri BEsar ketika itu, Tuan Guru Haji Hadi.

PAS lupa semua itu, hari ini PAS mahu mengata dulang. PAS lupa Paku terserepih. PAS mahu mengata orang, PAS lupa dia yang berlebih-lebih. 

Begitulah manusia, bila terkena batang hidung sendiri mereka akan terasa sampai ke mati. Seharusnya mereka berdiri dan terlebih dahulu memohon maaf atas perbuatan jawatankuasa JSR ketika mereka berkuasa dahulu. Tak payah nak tunjuk baik sedang rakyat tahu perbuatan kalian.

MP14 rasa PAS MUDAH LUPA.........





Monday, 6 April 2015

TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU (TTB)






Transformasi Terengganu Baharu (TTB) adalah satu slogan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Bukan sekadar slogan TTB bakal menjadi "pakaian" kepada setiap anak negeri bumi Darul Iman.

YAB Menteri Besar Terengganu (Cikgu Razif) mula memperkenalkan TTB kira-kira sekitar 19 Ogos 2014 dalam merealisasikan Visi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri yang hebat, 

8 Prinspip TTB iaitu:-
1. Inklusif - suara rakyat suara keramat
2. Masjid dan Surau - sebagai sumber penyatuan
3. Keluarga Bahagia - rakyat sejahtera
4. Intergriti - bersih dalaman dan luaran 
5. Mesra - tetapi tegas
6. Disiplin Kerja Yang Tinggi
7. Seruan Perpaduan
8. Memperkasa Pendidikkan

8 prinsip ini akan menjadi garis panduan kepada kerajaan negeri bagi memastikan akan terus berkuasa di negeri ini.

Banyak perkara baru yang dilakukan di bumi bertuah Terengganu. Tidak pernah sebelum ini, rakyat dapat membuat aduan secara terus kepada Cikgu Razif. Sudah banyak tempat yang telah dilawati oleh Cikgu Razif. Berbekalkan pen dan sebuah buku kecil beliau akan mencatat setiap permasalahan yang diadukan kepada beliau sepanjang lawatan tersebut. (baca disini). Begitu Cikgu Razif mengajar pegawainya supaya lebih bersungguh membantu rakyat. Beliau membuktikan bahawa prinsip pertama iaitu inklusif - suara rakyat suara keramat bukan cakap kosong. Bukan itu sahaja sebelum itu, dalam bulan jun 2014, Cikgu Razif melancarkan e-aduan bagi menyenangkan rakyat negeri ini membuat apa sahaja aduan. Jika ada teguran yang membina boleh sahaja membuat aduan di sini.

Cikgu Razif juga mengarahkan setiap program rasmi beliau dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Jika sebelum ini ada hamba ALLAH yang cuba mencetuskan kontroversi dengan hukum takzir yang dimulakan secara perlahan-lahan di sini, jelas sekarang rakyat telah mula dapat menerima perkara tersebut.

Bulan Januari yang lalu selepas  rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dilanda duka dengan bencana banjir.  Cikgu Razif  telah melahirkan idea yang sangat berkesan dengan menubuhkan sukarelawan TTB. Berduyun anak muda berebut-rebut menjadi sukarelawan. Sukarelawan ini turun beramai-ramai di Dabong, Kelantan. Bukan sedikit jumlahnya tetapi 5,000 orang.  (di sini). Kerajaan negeri siap menghadiahkan rumah transit untuk mangsa.  Mereka juga menghulurkan bantuan di Pekan, Pahang.  Pendek kata hebat Terengganu ketika itu. Semuanya penangan Cikgu Razif.

Hari Jumaat yang lalu pula sekali lagi Terengganu menjadi perhatian apabila Skuad TTB Brotherhood dilancarkan. TTB Brotherhood adalah kumpulan-kumpulan pemain media maya yang disatukan di bawah satu bumbung. Hampir 500 orang yang hadir. Rata-rata adalah pemain media maya seluruh terengganu. TTB Brotherhood akan menyelaras setiap perkara membabitkan media maya. Inilah sejarah baharu bagi Terengganu ciptaan Cikgu Razif. (di sini).

Pada malam itu juga Cikgu Razif telah mengumukan beberapa gerak kerja yang pada MP14 akan memberi impak yang baik kerajaan dan manafaat yang banyak kepada rakyat. Antaranya pada 8 April ini Cikgu Razif akan merasmikan sebuah Pondok Moden di sini. Satu lagi akan diumumkan kemudian. Pastinya  Seramai 100 lebih pelajar akan memulakan mengajian di Pondok Moden ini, Insyaallah Kerajaan Negeri akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W,T.

Cikgu Razif juga mengumumkan sukarelawan memantau GST akan ditubuhkan di negeri ini. Ini bermakna Terengganu adalah ngeri pertama dalam Malaysia yang menubuhkan skaud sedemikian. Tujuannya hanya satu, membantu rakyat dari gejala ketamakan peniaga. Setakat artikel ini ditulis MP14 telah dimaklumkan akan bersedia bersama-sama rakan yang lain untuk turun ke kedai-kedai dan kompleks perniagaan serta pasar-pasar untuk memantau  sebarang kenaikan yang tidak sepatutnya oleh peniaga.

MP14 yakin Cikgu Razif adalah seorang ketua negeri yang sangat thebat staterginya menawan hati rakyat. TTB pula akan terus di "ratib" untuk memberi impak yang baik kepada negeri ini. TTB akan menjadi seperti Gelombang Biru yang menjadi senjata hebat Dato Seri Idris Jusoh menawan kembali Terengganu selepas dimenangi PAS pada tahun 1999.

MP14 juga yakin jika kita semua menjadikan TTB sebagai pakaian dan sentiasa diguna tanpa menjadikannya arca buruk, Terengganu akan menjadi ikon kepada negeri lain kerana Terengganu sedang menuju untuk menjadi negeri terbaik.

Terengganu TerBaik
Terengganu TerBersih
Terengganu The Best







Medan Perang Pembuka Kata - TTB BROTHERHOOD


Assalam buat semua sahabat...

Hari Jumaat yang lalu satu cerita baru yang hebat dimulakan di Terengganu. YAB Menteri Besar Terengganu melancarkan TTB Brotherhood. Walau mungkin  tidak sehebat program pasukan cybertroopers luar Terengganu seperti Kuala Lumpur tetapi program ini cukup memberi kesan kepada kami pemain media maya di sini.

Walaupun kehadiran MP14 bagai tidak dijemput namun MP14 hadir untuk melihat sejauhmana kesungguhan Kerajaan Negeri menghargai pemain media maya Terengganu. Alhamdulillah.... memang nampak keinginan Kerajaan Negeri Terengganu merai dan menghargai pemain media maya.

Namun sayang, dari lebih 400 orang yang hadir pada malam itu, MP14 melihat hanya sebahagian kecil yang faham tentang permainan di medan perang maya. Rata-rata yang hadir tidak tahu kenapa mereka dijemput. MP14 bertanya kepada beberapa orang yang hadir, mereka memberitahu mereka dijemput untuk makan-makan. 

Salah seorang yang hadir memberitahu dia dari KELAB MOTOR 71, baru sahaja dijemput sebentar tadi (malam itu jugak) - mungkin untuk mencukupkan quota kerana meja banyak kosong pada awal ketibaan YAB Menteri Besar.


Sehari kemudian seorang sahabat MP14 menghantar link sebuah artikel yang ditulis oleh  Persatuan yang menganjur bersama program tersebut. Sangat menyedihkan, begitu banyak pesanan dan amanat serta gerak kerja yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri, penganjur memilih untuk menulis tentang MADU KELULUT yang mereka hadiahkan kepada YAB Menteri Besar.

Kesian YAB Menteri Besar, prajurit yang diharap mewar-warkan gerak kerja untuk kebaikkan rakyat tidak diperbesarkan sebaliknya sebotol MADU KELULUT lebih penting untuk pengetahuan rakyat jelata.

MP14 bukan pandai atau memandai-mandai tetapi seharusnya mereka yang bijak tahu menilai siapa, apa dan bagaimana....jangan harta yang kita ada tersilap jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya. Binasa jadinya..... Pemain Media Maya harus tahu menilai sebuah rencana sebelum di "up load". Jangan rencana bertukar menjadi "Bencana". Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan pula berkokok bagai nak rak, lupa ekor sendiri terpalit tahi.

Salam TTB Brotherhood dari saya...

MP14