Transformasi Terengganu Baharu (TTB) adalah satu slogan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Bukan sekadar slogan TTB bakal menjadi "pakaian" kepada setiap anak negeri bumi Darul Iman.
YAB Menteri Besar Terengganu (Cikgu Razif) mula memperkenalkan TTB kira-kira sekitar 19 Ogos 2014 dalam merealisasikan Visi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri yang hebat,
8 Prinspip TTB iaitu:-
1. Inklusif - suara rakyat suara keramat
2. Masjid dan Surau - sebagai sumber penyatuan
3. Keluarga Bahagia - rakyat sejahtera
4. Intergriti - bersih dalaman dan luaran
5. Mesra - tetapi tegas
6. Disiplin Kerja Yang Tinggi
7. Seruan Perpaduan
8. Memperkasa Pendidikkan
8 prinsip ini akan menjadi garis panduan kepada kerajaan negeri bagi memastikan akan terus berkuasa di negeri ini.
Banyak perkara baru yang dilakukan di bumi bertuah Terengganu. Tidak pernah sebelum ini, rakyat dapat membuat aduan secara terus kepada Cikgu Razif. Sudah banyak tempat yang telah dilawati oleh Cikgu Razif. Berbekalkan pen dan sebuah buku kecil beliau akan mencatat setiap permasalahan yang diadukan kepada beliau sepanjang lawatan tersebut. (baca disini). Begitu Cikgu Razif mengajar pegawainya supaya lebih bersungguh membantu rakyat. Beliau membuktikan bahawa prinsip pertama iaitu inklusif - suara rakyat suara keramat bukan cakap kosong. Bukan itu sahaja sebelum itu, dalam bulan jun 2014, Cikgu Razif melancarkan e-aduan bagi menyenangkan rakyat negeri ini membuat apa sahaja aduan. Jika ada teguran yang membina boleh sahaja membuat aduan di sini.
Cikgu Razif juga mengarahkan setiap program rasmi beliau dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Jika sebelum ini ada hamba ALLAH yang cuba mencetuskan kontroversi dengan hukum takzir yang dimulakan secara perlahan-lahan di sini, jelas sekarang rakyat telah mula dapat menerima perkara tersebut.
Bulan Januari yang lalu selepas rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dilanda duka dengan bencana banjir. Cikgu Razif telah melahirkan idea yang sangat berkesan dengan menubuhkan sukarelawan TTB. Berduyun anak muda berebut-rebut menjadi sukarelawan. Sukarelawan ini turun beramai-ramai di Dabong, Kelantan. Bukan sedikit jumlahnya tetapi 5,000 orang. (di sini). Kerajaan negeri siap menghadiahkan rumah transit untuk mangsa. Mereka juga menghulurkan bantuan di Pekan, Pahang. Pendek kata hebat Terengganu ketika itu. Semuanya penangan Cikgu Razif.
Hari Jumaat yang lalu pula sekali lagi Terengganu menjadi perhatian apabila Skuad TTB Brotherhood dilancarkan. TTB Brotherhood adalah kumpulan-kumpulan pemain media maya yang disatukan di bawah satu bumbung. Hampir 500 orang yang hadir. Rata-rata adalah pemain media maya seluruh terengganu. TTB Brotherhood akan menyelaras setiap perkara membabitkan media maya. Inilah sejarah baharu bagi Terengganu ciptaan Cikgu Razif. (di sini).
Pada malam itu juga Cikgu Razif telah mengumukan beberapa gerak kerja yang pada MP14 akan memberi impak yang baik kerajaan dan manafaat yang banyak kepada rakyat. Antaranya pada 8 April ini Cikgu Razif akan merasmikan sebuah Pondok Moden di sini. Satu lagi akan diumumkan kemudian. Pastinya Seramai 100 lebih pelajar akan memulakan mengajian di Pondok Moden ini, Insyaallah Kerajaan Negeri akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W,T.
Cikgu Razif juga mengumumkan sukarelawan memantau GST akan ditubuhkan di negeri ini. Ini bermakna Terengganu adalah ngeri pertama dalam Malaysia yang menubuhkan skaud sedemikian. Tujuannya hanya satu, membantu rakyat dari gejala ketamakan peniaga. Setakat artikel ini ditulis MP14 telah dimaklumkan akan bersedia bersama-sama rakan yang lain untuk turun ke kedai-kedai dan kompleks perniagaan serta pasar-pasar untuk memantau sebarang kenaikan yang tidak sepatutnya oleh peniaga.
MP14 yakin Cikgu Razif adalah seorang ketua negeri yang sangat thebat staterginya menawan hati rakyat. TTB pula akan terus di "ratib" untuk memberi impak yang baik kepada negeri ini. TTB akan menjadi seperti Gelombang Biru yang menjadi senjata hebat Dato Seri Idris Jusoh menawan kembali Terengganu selepas dimenangi PAS pada tahun 1999.
MP14 juga yakin jika kita semua menjadikan TTB sebagai pakaian dan sentiasa diguna tanpa menjadikannya arca buruk, Terengganu akan menjadi ikon kepada negeri lain kerana Terengganu sedang menuju untuk menjadi negeri terbaik.
Terengganu TerBaik
Terengganu TerBersih
Terengganu The Best
No comments:
Post a Comment