Monday, 6 April 2015

Medan Perang Pembuka Kata - TTB BROTHERHOOD


Assalam buat semua sahabat...

Hari Jumaat yang lalu satu cerita baru yang hebat dimulakan di Terengganu. YAB Menteri Besar Terengganu melancarkan TTB Brotherhood. Walau mungkin  tidak sehebat program pasukan cybertroopers luar Terengganu seperti Kuala Lumpur tetapi program ini cukup memberi kesan kepada kami pemain media maya di sini.

Walaupun kehadiran MP14 bagai tidak dijemput namun MP14 hadir untuk melihat sejauhmana kesungguhan Kerajaan Negeri menghargai pemain media maya Terengganu. Alhamdulillah.... memang nampak keinginan Kerajaan Negeri Terengganu merai dan menghargai pemain media maya.

Namun sayang, dari lebih 400 orang yang hadir pada malam itu, MP14 melihat hanya sebahagian kecil yang faham tentang permainan di medan perang maya. Rata-rata yang hadir tidak tahu kenapa mereka dijemput. MP14 bertanya kepada beberapa orang yang hadir, mereka memberitahu mereka dijemput untuk makan-makan. 

Salah seorang yang hadir memberitahu dia dari KELAB MOTOR 71, baru sahaja dijemput sebentar tadi (malam itu jugak) - mungkin untuk mencukupkan quota kerana meja banyak kosong pada awal ketibaan YAB Menteri Besar.


Sehari kemudian seorang sahabat MP14 menghantar link sebuah artikel yang ditulis oleh  Persatuan yang menganjur bersama program tersebut. Sangat menyedihkan, begitu banyak pesanan dan amanat serta gerak kerja yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri, penganjur memilih untuk menulis tentang MADU KELULUT yang mereka hadiahkan kepada YAB Menteri Besar.

Kesian YAB Menteri Besar, prajurit yang diharap mewar-warkan gerak kerja untuk kebaikkan rakyat tidak diperbesarkan sebaliknya sebotol MADU KELULUT lebih penting untuk pengetahuan rakyat jelata.

MP14 bukan pandai atau memandai-mandai tetapi seharusnya mereka yang bijak tahu menilai siapa, apa dan bagaimana....jangan harta yang kita ada tersilap jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya. Binasa jadinya..... Pemain Media Maya harus tahu menilai sebuah rencana sebelum di "up load". Jangan rencana bertukar menjadi "Bencana". Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan pula berkokok bagai nak rak, lupa ekor sendiri terpalit tahi.

Salam TTB Brotherhood dari saya...

MP14




No comments:

Post a Comment